Skip to main content

Transkripsi Sidang Media Presiden PAS : Wajib isytihar harta bagi perasuah dan penyeleweng


Transkripsi Sidang Media Presiden PAS
Wajib isytihar harta bagi perasuah dan penyeleweng

Wartawan:
Dato' Seri nak tanya sikit tentang perkembangan perbincangan kerjasama dengan Umno peringkat Pusat, peringkat Negeri dan di peringkat bahagian.
TGHH:
Peringkat Pusat kita ada anggota yang berbincang di teknikal. Pengerusinya Timbalan Presiden Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, yang berhormat Kubang Kerian, Timbalan Presiden PAS dan anggota-anggota lain.

Wartawan:
So far dah berapa percent dah kerjasama tu?
TGHH:
Pada dasarnya ya, 'pendetailannya' masih dalam peringkat teliti. Pilihanraya pun tak tahu lagi. Cuma yang dilaksana melalui pilihan cdwraya kecil dan menunjukkan hasil kejayaan di Cameron, di Rantau

Wartawan:
Dato' Seri pasal umur, yang Dato' cakap secara automatik umur 18 tu (layak mengundi), so Dato' Seri sokong dengan usul PH itu la?
TGHH:
Kita tambah lagi. Kita akan bawa usul persendirian. Itu sedang dipersetujui oleh semua parti-parti pembangkang yang asas iaitu PAS, Umno dan parti Sarawak supaya yang pertamanya ialah bukan sahaja 18 tahun (malah) pendaftaran automatik kerana masalah kita ni orang kita ni cuai. Kalau suruh dia daftar, dia tak pi daftar. Jadi bila cukup umur 18 automatik boleh (mengundi). Kena umur I/C cukup. Itu yang kita minta supaya tanggungjawab mengundi itu dipertingkat dan diperkasakan kerana kefahaman kewajipan mengundi itu masih lemah kepada orang muda-muda kita. Kemudian ditambah lagi ialah (umur) 18 (tahun) juga berhak jadi calon. Itu tambahannya

Wartawan:
Maksudnya kita menyokong tapi dengan bersyarat
TGHH:
Dengan tambahan-tambahan itu

Wartawan:
18 pun jadi calon?
TGHH:
18 jadi calon. Kalau mengundi boleh, jadi calon bolehlah. Lepas tu nak putus jadi calon itu parti masing-masing la

Wartawan:
Usul persendirian itu bila akan dibawa?
TGHH:
Itu kita tunggu usul ini dulu. Usul ni ada syarat-syarat dia. Standing order di Parlimen. Syarat-syarat dia banyak.

Wartawan:
Selesai yang ini la?
TGHH:
Selesai yang ini dan kita berusaha untuk membuat perbincangan. Kalau kerajaan bersetuju membuat pindaan sebelum daripada diluluskan. Ini baru bacaan kali pertama, kali pertama baru. Semalam bacaan kali pertama. Kemudian yang kedua dibahaskan lepas itu diundi. Kadang-kadang boleh dipinda usul itu. Itu bergantung kepada perundingan yang dibuat

Wartawan:
Dato' Seri Najib cakap umur 18 ini terlalu muda pasal masa tu mereka nak fikir pasal nak bersekolah, pasal masuk universiti. Sepatutnya bagi peluang kepada orang yang kebih dewasa dahulu
TGHH:
Mengundi ini lima tahun sekali dan dalam Islam pun kita ambil yang sederhana. Dalam Islam kata 16,17 umur kematangan. Ada yang kata 18. Sekarang ini banyak negara-negara yang letak 18 tahun. Ada negara yang 16 tahun boleh dah (mengundi). Indonesia 17 tahun (umur minimum mengundi). Ada negara belah mana 16 tahun dia letak. Kebanyakannya 18 tahun kecuali Malaysia dan Singapura yang belum pinda daripada (umur) 21 dan kita kena sedar orang muda dia dah boleh membaca bukan buta huruf macam zaman dulu. Bergantung kepada pendidikan kita. Itu tanggungjawab kita la. Faktor umur ini satu faktor yang lain. Faktor pengisian itu tanggungjawab kita la untuk mengisi anak-anak muda ini

Wartawan:
Maknanya tanggungjawab kerajaan dak?
TGHH:
Tanggungjawab kepada masyarakat menyedarkan dan kena ada tekanan. Tekanan ini ialah automatik (pendaftaran automatik).

Wartawan:
Usul persendirian secara automatik itu sekali dengan umur 18 tahun mengundi?
Wartawan:
Ya sekali. Usul persendirian ini yang asing daripada kerajaan. Nama pun kerajaan. Dia boleh terima pindaan itu
Wartawan:
Apa umur 18 tahun ini boleh dikira bahawa pengundi itu boleh membuat pertimbangan yang rasional?
TGHH:
Bergantung kepada pendidikan kita. Kita tak boleh salah umur 18. Kena salah pendidikan kita. Media kita, kena kawal pendidikan di media itu.

Wartawan:
Makna umur 18 itu dah matang la umur
TGHH:
Sepatutnya begitulah. Sepatutnya begitu

Wartawan:
Dato' Seri, pasal isytihar harta, haritu ada yang kata menyifatkan PAS ini macam penakut tak nak isytihar harta
TGHH:
Harta ini dalam Islam dia ikut realiti. Isytihar harta ini ada wajib, ada masa haram, ada masa sunat. Bukan semua mutlak. Tengok keadaan. Kalau isytihar harta itu kepada orang yang kita tahu dia ini melibatkan diri dalam rasuah menyebabkan jadi penyelewengan percukaian dia, itu wajib kena isytihar harta orang macam ini. Ada orang kita tahu dia tak ada apa-apa, patut tak diwajibkan, dilonggarkan. Ada orang tu nak berbangga dengan harta dia, itu haram. Bermegah dengan isytihar harta itu haram. Teori isytihar harta pada umumnya teori komunis dan sosialis. Mungkin dibayangi Dap la terang-terang sebut mempengaruhi kerajaan kita ini. Sosialis Dap ini. Sosialis ni dia memang kononnya nak menghadkan kekayaan tetapi ternyata negara-negara sosialis yang bertukar menjadi liberal hari ini, pemimpin sosialis itu paling kaya sekali. Paling kaya sekali. Kalau isytihar harta menipu, nak buat apa. Dalam Islam dari aspek spiritual itu. Ini isytihar spiritual tak ada. Memang la isytihar harta itu orang yang kita tahu dia penyangak dalam masalah zakat, masalah cukai, ini wajib. Kerajaan kena tahu harta dia. Bila orang kita tahu dia tak ada apa-apa harta malu nak isytihar

Wartawan:
So PAS tetap teguh dengan pendirian tak akan isytihar harta, PAS tetap tak akan buat isytihar harta?
TGHH:
Saya difahamkan masih masalah undang-undang. Masing bergantung lagi. Tak ada undang-undang yang bertindak. Perlu kepada undang-undang lagi. Terlalu awal sangat bergantung kepada huraian-huraian.

Wartawan:
Maknanya sekarang ini masanya tengah memancing-mancing la ni?
TGHH:
Ya, ya. Patutnya isu lain banyak lagi dari isu isytihar harta ini sebab janji-janji manifesto tak buat. Mungkin kerana nak tutup janji manifesto ini buat la. Lepas satu, satu

Wartawan:
Dato' Seri terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...