Skip to main content

Tuduhan RASUAH bekas Ketua Menteri Sarawak (Taib Mahmud) mungkin di gugurkan ?


[BH] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum membuka semula siasatan terhadap ‘jerung’ yang disyaki terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa di Sarawak.
Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor bagaimanapun berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya menerima arahan daripada ibu pejabat.
Ini kerana katanya, SPRM Sarawak sudah menyerahkan maklumat terkini mengenai individu berprofil tinggi yang didakwa terbabit dengan amalan rasuah kepada Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
“Setakat ini kami belum menerima apa-apa arahan untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan sama yang dibangkitkan.
“Tidak ada gunanya kita menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang sama kerana keputusannya tetap sama melainkan ia mengenai isu atau bukti yang terbaru,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang media ‘Teater Muzikal Semarak Pertiwiku’ oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip, di Bangunan Baitulmakmur, di sini, hari ini.
Razim diminta mengulas lanjut ‘jerung’ yang beliau sebut pada majlis Gawai Raya SPRM Sarawak, Rabu lalu.
Beliau mengakui pihaknya menerima banyak maklumat berhubung ‘jerung’ itu, namun ia adalah maklumat atau dakwaan berulang.
Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, sejak tahun lalu beliau sudah mendesak SPRM untuk menyiasat pembabitan individu berprofil tinggi di Sarawak dalam amalan rasuah.
Ketika ditanya jumlah ‘jerung’ yang didakwa itu, Razim berkata, SPRM tidak boleh mendedahkannya kerana ia boleh menjejaskan nama baik individu yang berprofil tinggi itu.
“Mereka ada kedudukan dalam masyarakat dan ada maruah, yang pasti SPRM akan menjalankan siasatan apabila ada laporan.
“Setakat ini pun, banyak kes besar yang membabitkan orang ternama dan pegawai kanan kerajaan di Sarawak sudah dituduh di mahkamah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...