Sedikit ulasan aku berkenaan ajakan Dr. Mahathir bin Mohamad supaya semua parti-parti melayu berada dibawah satu payung :
1. Tun M Tidak akan mencadangkan sesuatu yg tidak akan mendatangakan keuntunggan kepada beliau
2. Pertama cuba kita perhatikan kenapa TM kini bersungguh meminta parti -parti melayu ini berpayung dibawah payung Bersatu atau PPBM kalau tidak mendatangkan laba politik kepada bersatu dan dirinya,
3. Terutamanya Tun M ingin memastikan posisi beliau sebagai PM tidak tergugat, dan pengaruhnya lebih besar didalam PH , supaya dilihat berkuasa seperti didalam BN & Umno sebelum ini
4. Tun M jugak ingin memberitahu Ph kini bukan didominasi oleh orang melayu dan Islam, suara orang melayu kecil dan terpinggir, jadi memerlukan kekuatan untuk kembali mendominasi,
5. Begitu jelas TM merasakan sekiranya gabungan PAS-UMNO ini berterusan hingga ke pru15 anaknya akan kehilangan negeri dan jawatan
6. Tun M tahu sekarang ini tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan beliau, anaknya dan parti selain menarik seramai mungkin orang melayu baik dari Umno, PAS atau pun atas pagar untuk bersama PPBM
7. Semua tahu kuasa Melayu Islam hanya didominasi oleh dua parti gergasi Melayu ini, ia itu PAS - UMNO, & PPBM mahupun PAN tidak mampu menarik orang melayu, justeru itu ajakan ini senada yg selalu dimainkan oleh mereka PAN, merayu dan terus merayu agar ahli-ahli PAS berpindah kepada mereka
8. Tun M bukan orang bodoh dalam politik, seruan penyatuan Melayu ini ada asasnya, kerana pru15, PH sangat takut dan amat berhati-hati dengan senario politik masa atau mukhtahir ini yg tidak lagi berpihak kepada PH
9. Tun M jugak tahu penolakan dan momentum ini jika berterusan PH akan menjadi kerajaan sepenggal, ....
10. Tun M Cuba memporak perandakan kesepakatan & kekuatan PAS - UMNO, jd kita harus melihat ini sebagai satu perkara yag positif bg terus menguatkan ikatan ukhwah dan berkerja terus bersama merangka persedian dari awal untuk menewakan PH pada pru15 kelak
Jadi sebagai rakyat Malaysia janganlah pelik sangat dengan kenyataan Tun M ini.
Boleh bersetuju untuk tidak bersetuju

Comments
Post a Comment