Mula-mula dia ugut, tak tinggalkan UMNO akan kena tindakan, dari dakwaan di mahkamah ke siasatan SPRM. Adalah dua tiga kerat pemimpin yang lari bertaburan, tetapi akar umbi taat setia.
Buktinya mesyuarat perwakilan cawangan berjalan lancar. Tiada satu pun cawangan dibubarkan. Manakala parti bunganya, tercungap-cungap nak adakan mesyuarat cawangan sehingga bertangguh-tangguh.
Dr Mahathir Mohamad terus memberi tekanan. Presiden parti dikenakan 87 dakwaan di mahkamah. Mungkin ada sebahagian kecil melompat, tapi akar umbi tetap utuh mesyuarat perwakilan cawangan berjaya dan kini mesyuarat perwakilan bahagian sedang berjalan.
Timbul isu semburit, penyokong Dr Mahathir dalam PKR menerima tekanan. “Budak
Mata Biru” (blue-eyed boy) Dr Mahathir diserang dan dilemahkan dalam partinya sendiri.
Cita-cita untuk mengadakan coup-de-tat dalaman parti jika presiden PKR Anwar Ibrahim a.k.a PM-in-waiting cuba mengadakan undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir di Dewan Rakyat, lenyap dan tidak dapat diteruskan. “Safety net” Dr Mahathir dikoyakkan oleh Anwar.
Kemudian Lim Kit Siang bertemu beliau, sebaik sahaja habis pertemuan, Dr Mahathir yang selama ini menyatakan Melayu Malas, menuduh UMNO parti perompak dan PAS berkawan dengan “parti kafir” mengajak Melayu bersatu di bawah payung PBBM.
Selama ini beliaulah punca Melayu berpecah. Persengketaannya dalam UMNO — pergaduhan beliau dengan Tunku Abd Rahman, pembelotan beliau terhadap Hussein Onn yang memilihnya sebagai TPM, perkelahian dengan Musa Hitam, Tengku Razaliegh dan Anwar adalah punca Melayu berpecah. Beliau punca UMNO berpecah.
Pada masa beliau memimpin UMNO lah wujud Semangat 46, PKR serpihan yang memecahkan perpaduan umat Melayu.
Peliknya parti kecil bunga raya yang kembang tak jadi mahu UMNO menyertainya. Mungkin beliau malu (jika Dr Mahahir ada perasaan malu, kerana hanya orang beriman tahu malu) untuk kembali ke UMNO selepas diugut oleh Kit Siang.
Pada Kit Siang dan DAP Dr Mahathir hanya alat untuk jatuhkan UMNO. Apabila cita-cita mereka tercapai mereka akan melantik PM yang banyak kelemahan terutama masalah moral dan akhlak bagi memudahkan mereka mengawalnya. Anwar “fits the role” sebab itu mereka bermati-matian mahu peralihan kuasa diadakan secepat mungkin.
Bagi Dr Mahathir; PAS dan UMNO adalah talian hayat bagi memastikan kelangsungan dinasti dan kroni beliau.
Ugut sudah pujuk pun sudah jangan terkejut taktik seterusnya ialah mengharamkan UMNO. Ahli UMNO tak payah risau bak kata Tok Mat Hassan kita ada BN untuk dijadikan rumah. Atau kalau BN pun diharamkan, PAS kan ada.

Comments
Post a Comment