Baca ulasan Wanji tentang isu isytihar harta, hanya boleh geleng kepala sambil memikirkan perjalanan ilmu bagaimanakah seorang lelaki ini telah lalui sehingga begitu berserabut pemikiran dan pandangan agamanya.
Melihat rancangan analisis al-Hijrah, "Islam Liberal di Malaysia", lagi tampak Wanji ni sejenis berfikir urusan agama dengan cara Anomi yang tidak ada kaedah berfikir atau disiplin.
Isu-isu khilafiyah diletakkan sama martabat sebagai nilai liberalisme. Khilaf-khilaf antara ulama dianggap sebagai pemundur kepada Islam sendiri. Orang bukan Islam perlu dibelai sampaikan pandangan sepanjang zaman tentang umur Saidatina Aisyah berkahwin dengan Nabi juga dipertikai semata-mata menjaga hati orang bukan Islam.
Kebangangan nyata orang yang jahil tukil tentang disiplin ilmu. Hilang segala nilai objektiviti fiqh dan bidang agama menjadi nilai-nilai subjektif yang langsung tidak ada piawai.
Hari ini, dapat melihat komen Wanji ni terhadap isu isytihar harta. Terpana melihat cara berfikir Wanji betapa mantiqnya rosak dan akalnya tercabut daripada otak.
Izinkan aku bercakap dan mengulas dengan nada ilmiah intelektual supaya tampak kebodohan seorang ini beserta falasi-falasinya.
Pertama, menyamakan sifat al-Amin Nabi dengan nilai integriti zaman sekarang.
Ini adalah tafsiran mengarut daripada seorang yang tidak faham langsung mantiq.
Kita nak samakan sesuatu perkara, mesti sama pada mahiyah dan hudud. Kalau tak sama pada mahiyah atau hudud, ia tak dikira sama, ia dinamakan tabayun.
Kalau sama pada sejuzuk, tidak sejuzuk lain, itu dinamakan tajazuk atau khusus umum mutlak.
Masalah dengan Wanji ni, dia samakan nilai al-Amin Nabi dengan integriti zaman la.
Adakah sama integriti zaman sekarang dengan al-Amin Nabi?
Zaman sekarang isytihar harta dianggap tidak integriti, adakah ia juga bermaksud tidak ada amin?
Sekiranya benar kaedah Wanji ini, maka ini bermaksud sahabat-sahabat Nabi juga tidak bersifat amin, kerana tidak integriti, kerana tidak isytihar harta?
Daripada 10 sahabat mubasyyarin bil jannah, yang dijamin syurga, 9 daripada mereka adalah khalifah atau gabenor yang menguruskan urusan rakyat seperti cukai, kharaj, tanah dll, tetapi Wanji hanya mampu cari riwayat tentang Abu Hurairah.
Adakah itu bermaksud 9 sahabat tersebut tidak ada sifat al-Amin kerana tidak isytihar harta, kerana mereka juga dikira tidak ada integriti?
Tidak, orang yang ada akal sihat tidak akan kata demikian kerana tafsiran integriti sekarang sebagai keberanian mengisytihar harta tidak akan sama dengan takrifan al-Amin zaman Nabi!
Kalaupun ada persamaan antara keduanya, iaitu pada tafsiran kejujuran, tetap tak boleh samakan antara integriti dan al-Amin kerana persamaan keduanya hanyalah pada satu juzuk, bukan pada semua juzuk yang dinamakan tathabuq تطابق.
Disebabkan kejahilan melampau tak mampu bezakan antara تطابق dan عموم وخصوص مطلقا ini, maka lahirlah natijah-natijah falasi seperti ini di mana tafsiran integriti disamakan secara kulli dengan sifat al-Amin.
Kalau tak integriti, tak bersifat al-Amin.
Tak bersifat al-Amin, tak berintegriti.
Ini kata-kata orang yang rosak akal bercakap semberono tanpa ada ilmu yang jelas.
Ini dinamakan composition fallacy. Apabila satu perkara itu ada sifat sebahagian perkara lain, maka perkara itu dikira sama dengan perkara lain tersebut secara total.
Lebih parah dengan Wanji ni, dia wajibkan pula isytihar harta ini menjadi sebahagian daripada iqtidha' (natijah wajib) daripada sifat integriti/al-Amin ini, mengatakan bahawa kalaulah tak isytihar harta, bermaksud tidak amin.
Ini satu lagi falasi Wanji. Confirming consequent.
Apabila seseorang itu al-Amin, maka dia wajib isytihar harta.
Kalau seseorang itu tidak isytihar harta, maka dia tidak al-Amin.
Ini natijah bangang.
Consequent atau natijah sesuatu sifat, perkara atau perbuatan hanyalah boleh diaffirm (dipastikan secara pasti 100%) apabila ia adalah lazim daripada muqadimmah/origin (maklumat sedia ada).
Tetapi hakikatnya, isytihar harta tidak lazim bagi sifat al-Amin atau integriti.
Seorang yang bersifat al-Amin boleh jadi al-Amin tanpa isytihar harta, juga boleh bersifat al-Amin dengan isytihar harta.
Seorang yang bersifat al-Khianat boleh jadi al-Khianat tanpa isytihar harta, juga boleh bersifat al-Khianat dengan isytihar harta.
Tidak ada kelaziman langsung pada akal.
Jadi pernyataan Wanji menyatakan bahawa apabila tak isytihar harta, bercanggah dengan al-Amin, langsung tidak lazim pada akal.
Tetapi yang menjadi masalahnya, dilazimkan, consequent affirmed, menyebabkan natijah penuh falasi keluar, "Tidak isytihar harta bercanggah dengan integriti, maka bercanggah dengan sifat al-Amin Nabi."
Yang jelasnya, Wanji cuba nak bagi perspective bahawa hadis ini tidak mungkin benar, kerana Nabi tidak akan larang perkara integriti.
Yang lebih jelas daripada itu, sebenarnya dia yang salahfaham dan salah akal dalam memahami bilakah dikatakan 'bercanggah' dan bilakah dikatakan 'berbeza'. Benda simple matematik Mantiq macam ni pun tak lepas, tapi berani mengulas.
Masalah kefahaman Wanji tentang beza dan canggah ni pun dah berlarutan sejak dulu lagi, aku dah address bila dia cakap rejam bercanggah dengan syariah. Tu pun jelas-jelas dia tak faham isu canggah dan beza.
Lagi pelik bila baca komen, Wanji cakap haram pertahankan hadis palsu, nanti masuk neraka. Malulah main copy paste takhrij dengan internet kalau usul hadis pun tak faham. Takhrij pun masih ada lagi takhrij dhaif, bukan ittifaq atau ijmak palsu.
Memandai betul lah Wanji ni. Rosak disiplin ilmu bagi agama kat orang macam ni, elok diam je lah Wanji. Mengarut tak habis.
P/S : satu lagi benda penting kena address Wanji ni tak faham antara isytihar harta dan siasatan kes. Melalut je cepat.
Penulis : saudara Fadhli Firdaus

Comments
Post a Comment