Skip to main content

Nampaknya Pegawai Kerajaan dikambing hitam dikatakan sabotaj Menteri?

ISU tender NAFAS kini memasuki dimensi baru bila Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, mendakwa ia berlaku ekoran sabotaj daripada pegawai-pegawai kerajaan di Kementerian Pertanian yang pandai-pandai membuka dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Menteri Pertanian, Datuk Seri Salahudin Ayub.

Lebih serius lagi, pegawai-pegawai kerajaan ini, mengikut ucapan Khalid Samad dalam program Bicara Bersama Menteri yang berlangsung di Kedai Cikgu Fatah, Jalan Dato Lundang, Kota Bharu, malam tadi, 22 November 2019, “bergerak mengikut arahan daripada pemimpin-pemimpin yang lama untuk menimbulkan masalah”.


Ini adalah satu dakwaan serius yang, jika terbukti betul, boleh menyebabkan pegawai-pegawai kerajaan ini dikenakan tindakan tatatertib.

Bagaimanapun, jika dakwaan ini tidak betul, maka pegawai-pegawai kerajaan ini perlu dibela bagi mengelakkan mereka dari dijadikan kambing hitam.

Perkara pertama sekali yang perlu dipastikan ialah siapakah dia pegawai-pegawai kerajaan yang didakwa mensabotaj Menteri Pertanian ini.

Ini kerana yang berkuasa membuka dan membatalkan tender ini pastilah pegawai-pegawai tinggi kerajaan seperti Ketua Setiausaha Kementerian.

Semoga ada penjelasan lebih lanjut mengenai identiti pegawai-pegawai kerajaan mahupun proses-proses membuka dan membatalkan tender ini.

Ini adalah ucapan Khalid Samad tersebut:   

“Lalu amalan ni 22 tahun dah, tak pernah ditender, tiba-tiba tahun ini saja kerana nak timbulkan isu, tanpa pengetahuan Menteri, pembekalan baja oleh NAFAS ini, tender untuk NAFAS ni, ataupun kontrak untuk NAFAS ini, diambil, dia nak tender, tanpa pengetahuan Menteri. Tiba-tiba bila dah keluar tender, orang dah ambil tender, tiba-tiba dia batalkan tender itu. Lalu kecohlah orang. Oh, dia kata, “Ini kita nak runding terus”. Lalu dia kata, “Ini apa ini Kerajaan PH, dulu janji semua nak tender tiba-tiba nak runding terus”.  Maknanya ada pegawai-pegawai yang memainkan Menteri. Tak ada orang suruh tender dia buat tender, tak ada orang suruh tarik balik dia tarik balik, supaya menjadikan dia isu. Ini dalam istilah politik, dalam bahasa Inggeris dia katakana ‘deep state‘ ataupun ‘daulah terpendam’, ‘kerajaan dalam kerajaan’, penyokong kerajaan yang lama yang sedang bergerak mengikut arahan daripada pemimpin-pemimpin yang lama untuk menimbulkan masalah.” 

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...