Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

Wajah Negara Islam Malaysia tercalar angkara peragaan Separuh Bogel Tattoo Malaysia Ekspo 2019

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Jahanam punya Melaka Tattoo Expo. Merosakkan imej dan nama Ketua Menteri Melaka yang dikenali sebagai warak dan hafiz al-Quran. Walaupun Ketua Menteri dan kerajaan negeri tak terlibat, tapi nama Melaka digunakan. Busuknya tetap kena. 2) Ada logo Kementerian Perlancongan. Maknanya majlis rasmi yang diredhai kerajaan. Kena sebut nama YADIM sekali jugak nih. Mohon Ustaz Zolkharnain tulis surat terbuka untuk penganjur Expo tatu ni juga. Surat untuk Tuan Haji laju je tulis. 3) Kemudian ada yang kata, penganjuran expo tatu ni sejak zaman BN lagi. Jahanam, duk kait dengan BN lagi konon nak cover damage. Dah ada kuasa, kenapa teruskan aktiviti tak berfaedah tu? Tak guna laa tukar kerajaan kalau duk sambung kerja BN. 4) AMANAH sebagai komponen PH yang memperjuangkan rahmatan lil'alamin, mesti tegas dan push kerajaan ambil tindakan terhadap penganjur. Jangan biar jadi bola tanggung. Nak pilihanraya lambat lagi. So, gunakan masa dan kuasa yang ada untuk t...

ementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengambil tindakan sewajarnya atas Restu DAP ?

Gambar Sekadar Hiasan KUALA LUMPUR, 2 Dis – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 susulan peragaan separuh bogel yang diadakan pada acara itu. Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementerian iaitu Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk menyiasat perkara tesebut. Katanya expo ini bukanlah kali pertama diadakan di Malaysia dan sejak mula diadakan pada 2015, tiada kejadian seumpama berlaku dan dipamerkan di khalayak ramai. “Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi ia telah melanggar ketatasusilaan dan saya telah mengarahkan MyCeB untuk menyiasat perkara ini. “Penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara tetapi bukan dengan cara penganjuran sebegini, ia tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohamaddin berka...

Peragaan separuh bogel insiden mendukacitakan: Rais

SHAH ALAM - Peragaan separuh bogel sempena Tatoo Malaysia Expo 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini nyata insiden yang mendukacitakan. Budayawan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, penganjuran berkenaan secara keseluruhannya memberikan gambaran seolah-olah sudah tiada garis panduan khususnya yang melibatkan warisan budaya negara. "Perimbangan harus dibuat pihak berkuasa kementerian menarik pelancongan ala Malaysia yang menghormati budaya tempatan yang dikongkong atau ditentukan sosio budaya dan nilai-nilai pelbagai kaum. "Dalam hal ini tentu sekali bertentangan dengan nilai di Malaysia khasnya bagi kita menjadikan Islam sebagai agama rasmi," katanya bagi mengulas berhubung penganjuran berkenaan yang berlangsung Jumaat lalu. Menurutnya, ia sekali gus menggambarkan garis panduan pertunjukan awam yang diluluskan Kabinet pada 2010 dan 2012 lalu sudah hilang. "Saya berpendapat kita sudah hilang garis panduan seperti saya berada d...