Skip to main content

ementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengambil tindakan sewajarnya atas Restu DAP ?

Gambar Sekadar Hiasan
KUALA LUMPUR, 2 Dis – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 susulan peragaan separuh bogel yang diadakan pada acara itu.
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementerian iaitu Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk menyiasat perkara tesebut.
Katanya expo ini bukanlah kali pertama diadakan di Malaysia dan sejak mula diadakan pada 2015, tiada kejadian seumpama berlaku dan dipamerkan di khalayak ramai.
“Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi ia telah melanggar ketatasusilaan dan saya telah mengarahkan MyCeB untuk menyiasat perkara ini.
“Penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara tetapi bukan dengan cara penganjuran sebegini, ia tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamaddin berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan untuk peragaan separuh bogel.
“Adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.
“Kami akan menanti laporan penuh siasatan daripada MyCeB dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan.” katanya.
Tattoo Malaysia Expo 2019 berlangsung di sini sejak Jumaat sehingga semalam yang menghimpunkan peserta dari 35 negara dengan penganjuran pada 2015, 2016 dan 2017 sebelum ini diadakan di Sabah.
MyCeB dalam kenyataan awal menyebut sebarang kelulusan untuk acara diadakan di mana-mana negeri perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan.
Semalam, tular di media sosial gambar berserta visual peragaan separuh bogel dalam satu acara yang dianjurkan pada expo berkenaan. – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

PARTI BARU TUN

 PARTI BARU TUN Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza. Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air. Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti. Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini. Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut. Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang. Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti. Ke...

GUANE CANGGOH SEKALI KENYATAAN MAD SAID ?

Dilihatkan kenyataan antara kedua pemimpin UMNO Negeri Terengganu ini bercanggah diantara satu sama lain. Dibawah adalah kenyataan sinis komen netizen anak muda Terengganu berkenaan tuduhan liar Pengerusi Perhubungan Umn Negeri terengganu, Ahmad Said. Ning NOK KABO LEVEL AKAL PENGERUSI UMNO Bakpe yg Mad id jadi meroyan gitu seme hawe sebulan kene kurung dlm rumoh mkn lada...MPKK dok ator beras ke? Mcm org isim buleh mic ning ckp ngubu ngabang skali. Sapa dokleh sesen dia kabo. Ni sifir mudoh dok perlu kira fasa² lah...nok kabo buleh ke dok jer... Kang kerajaan wi doh 45k kpd setiap YB dok kira PAS UMNO same rata. Patu 255k kpd Pusat Khidmat Masyarakat semua 32 Dun. Ke Mad id ni duduk dun ke 33? Kalu dok buleh mana bukti Mad id eh? Biar aku sdiri wat laporan! Kerana Pitih, Mat Said ajok UMNO jadi tamak haloba. Kerana Tamak, segala kebaikan dicerca dan difitnah. Kerana Tamak, Pengerusi UMNO Trg rela cakap lebong + plawok! Kerana Tamak, pah mane dose pahale?...

DAP TELAH TIADA TAPI PENGGADAIAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA BERTERUSAN : UEM SUNRISE ‘BAILOUT’ ECOWORLD

  1. Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah berhenti tiba – tiba. Perletakan berlaku sehari selepas cadangan pengabungan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd diumum secara rasmi. 2. Saya ialah yang pertama mendedahkan mengenai pengabungan yang jelas bersifat bailout ini sejak tahun lepas lagi (sila klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=1307932699380585&ref=watch_permalink ). Namun pendedahan saya telah dijawab dengan penafian TIPU oleh UEM Sunrise dengan kenyataan mereka disiarkan oleh beberapa media kononnya UEM Sunrise tidak membuat atau menerima sebarang cadangan mengenai pengabungan (bailout) dengan Ecoworld. 3. UEM Sunrise ialah syarikat hartanah dengan suntikan dana besar dari Khazanah dan ‘bank tanah’ miliknya adalah hasil anugerah tanah oleh kerajaan yang sangat banyak dikawasan strategik telah dipaksa bergabung yang lebih tepat bailout Ecoworld sebuah syarikat yang mempunya liabiliti dan b...