Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Jahanam punya Melaka Tattoo Expo. Merosakkan imej dan nama Ketua Menteri Melaka yang dikenali sebagai warak dan hafiz al-Quran. Walaupun Ketua Menteri dan kerajaan negeri tak terlibat, tapi nama Melaka digunakan. Busuknya tetap kena.
2) Ada logo Kementerian Perlancongan. Maknanya majlis rasmi yang diredhai kerajaan. Kena sebut nama YADIM sekali jugak nih. Mohon Ustaz Zolkharnain tulis surat terbuka untuk penganjur Expo tatu ni juga. Surat untuk Tuan Haji laju je tulis.
3) Kemudian ada yang kata, penganjuran expo tatu ni sejak zaman BN lagi. Jahanam, duk kait dengan BN lagi konon nak cover damage. Dah ada kuasa, kenapa teruskan aktiviti tak berfaedah tu? Tak guna laa tukar kerajaan kalau duk sambung kerja BN.
4) AMANAH sebagai komponen PH yang memperjuangkan rahmatan lil'alamin, mesti tegas dan push kerajaan ambil tindakan terhadap penganjur. Jangan biar jadi bola tanggung. Nak pilihanraya lambat lagi. So, gunakan masa dan kuasa yang ada untuk tunaikan amanah pemerintahan.
5) Dulu-dulu, MB Terangganu dari PAS pernah kata, beliau rela jatuh kerana perjuangkan kebenaran, daripada jatuh kerana mempertahankan kebatilan. Nak jatuh, biar jatuh bermaruah, bukan jatuh dengan kehinaan. Err... bukan nak suruh jatuh. Suruh tegas je.
Sekian
p/s: Skrip biasa, penganjur akan mohon maaf

Comments
Post a Comment