Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Calon bebas, Mohd Nor Yassin sebenarnya anggota Parti Amanah Negara (PAN)

Pas menafikan calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, Mohd Nor Yassin adalah anggota parti itu. Sebaliknya jelas Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, calon tersebut adalah ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyertainya sejak 10 Mac lalu. “Saya telah membuat semakan bagi statua keahlian Pas Mohd Nor Yassin. Saya dengan ini mengesahkan Mohd Nor Yassin adalah bukan ahli Pas setelah beliau menyertai Amanah pada 10 Mac 2019,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu. Justeru katanya, Mohd Nor yang bertanding kerusi bebas merupakan anggota salah sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Mohd Nor semasa ditemui media selepas diumumkan sebagai salah seorang empat calon PRK DUN Rantau pagi tadi mengakui beliau pernah menjadi ahli Pas sebelum ini. Selain beliau, ia turut menyaksikan seorang lagi calon bebas tampil untuk bertanding pada PRK DUN Rantau. Mereka adalah dua calon bebas yang akan mencabar calon dari parti dominan, iaitu dari PH, Dr S ...

Keanggotaan Mohd Nor dalam Amanah gugur secara automatik - Husam

KOTA BHARU: Keanggotaan Mohd Nor Yassin, 67, dalam Parti Amanah Negara (Amanah) gugur secara automatik susulan tindakannya bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata tindakan Mohd Nor adalah bersifat peribadi dan tidak membabitkan keputusan parti itu. "Dia dah masuk (bertanding sebagai) calon bebas, dia dah tak jadi ahlilah. Mana-mana anggota parti politik yang ambil tindakan sendiri, keahliannya gugur (secara automatik dan) tidak boleh dikaitkan dengan AMANAH," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Festival Gegar 2019 di Bandar Baharu Tunjong di sini, pada Sabtu. Husam berkata demikian sebagai mengulas tindakan calon bebas itu yang bertanding dalam PRK DUN Rantau, yang didakwa telah menyertai Amanah pada 10 Mac lepas. Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan sebelum itu turut menafikan Mohd Nor adalah calon Pas. PRK DUN Rantau menyaksikan per...

TUN MAHATHIR TERPAKSA TEGAS UNTUK MENGURUSKAN KABINET YANG LEMAH - PRESIDEN PAS

Ada yg kata dia tua, nyanyuk, dah x relevan dlm politik Malaysia, namun hakikatnya kata²nya terus bisa menggegarkan iklim politik Malaysia. Itulah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.  Dan buat kesekian kalinya, dia melakukan checkmate tanpa disedari. Di saat ketika ini kecoh akan kenyataan Nurul Izzah berkenaan "Mahathir itu bekas diktator dan sukar nak bekerjasama dengan Mahathir", dan diyakini kata² itu bertujuan menguatkan momentum menuju ke arah undi tak percaya ke atas Mahathir, TGHH dengan halus ketika ditemuramah wartawan tadi berkata "Mahathir bukan diktator. Itu "tegas". Dan ianya sgt perlu terutamanya dlm menguruskan kabinet yg lemah". http://www.astroawani.com/video-malaysia/tun-mahathir-bukan-diktator-datuk-seri-abdul-hadi-408506 Yg menariknya, TGHH menuturkan kenyataan itu TANPA DISOAL oleh wartawan. Tu yg Anwar Ibrahim kata "TGHG x payah bodek Mahathir sgt la!" Kat sini, ada 3 item yg boleh kita pecahka...

CEO SPV: MENTERI AGAMA TIADA MAKLUMAT ATAU SEMBUNYIKAN CEO BUKAN ISLAM DALAM SPV?

Kecoh di Parlimen hari ini, YB Menteri Agama gagal menjawab soalan mudah daripada YB Pendang (PAS) yang bertanyakan nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang ditubuhkan sebagai langkah penstrukturan semula Tabung Haji. Keadaan ini pastinya menggusarkan para pendeposit Tabung Haji apabila YB Menteri sendiri tidak mengetahui nama CEO dan Ahli Lembaga Pengarah syari kat tujuan khas (SPV) yang menguruskan harta bernilai RM19.9 bilion milik Tabung Haji, dan kini dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan. Pada 11 Disember lalu, Tabung Haji mengumumkan untuk memindahkan aset tidak menguntungkan bernilai RM19.9 bilion kepada SPV yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan sebelum 31 Disember 2018. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat berkata, aset yang dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti bertujuan menstabilkan imbangan tunai dan mempercepatkan p...

Mengapa kedudukan Islam menjadi negatif pada zaman kita ini?

Segala pujian bagi Allah yang telah memuliakan kita dengan nikmat Islam, dan melebihkan kita daripada umat-umat yang lain. Selawat serta salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat serta para pemimpin. Dif-dif kehormat, pemimpin-pemimpin Parti Islam, Jemaah Islam, pertubuhan-pertubuhan, dan para tetamu yang dimuliakan sekalian. Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengalu-alukan dengan gembira kedatangan semua ke Malaysia dan kerajaan Negeri Kelantan, para pemimpin dan penyokong serta rakyat sekalian.   Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas perjalanan jauh yang ditempuhi untuk menghadiri perhimpunan agung ini yang menghimpunkan kita di bawah satu panji untuk menunaikan kewajipan dakwah terhadap Islam, meninggikan seruannya, serta mengembalikan semula kedudukan Islam dalam lipatan sejarah untuk memimpin dunia sekali lagi walau apa jua cabaran yang diharungi, pengorbanan, kepayahan dan kesusahan dari dalam dan luar. Orang-orang beriman sesu...

FITNAH PH TERSUNGKUR DI PARLIMEN – SYAHIR SULAIMAN

Benarlah kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sekian lamanya Pakatan Harapan hanya pandai menabur fitnah dan persepsi, namun apabila diminta untuk mengemukakan bukti dan saksi, mereka pasti kecundang dan tersungkur menyembah bumi. Terdahulu Ahli Parlimen Damansara, YB Tony Pua (PH-DAP) dengan penuh bangga mendedahkan perincian transaksi dana 1MDB yang masuk ke dalam akaun pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, lengkap dengan angka dan nama penerimanya. Setelah menekuni pembentangan tersebut, maka bangunlah Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Fadhli Shaari (PAS) bertanyakan soalan asas yang sangat mudah, “Adakah Damansara bersetuju bahawa PAS tidak pernah menerima dana 1MDB?” Secara spontan YB Tony Pua menjawab, “Saya tidak ada maklumat”. Maka tersungkurlah fitnah yang dicanang oleh Pakatan Harapan selama ini, kononnya ada pemimpin PAS telah menerima suapan ‘dedak’ berjumlah RM90 juta daripada dana 1MDB, dan tuduhan itu kekal sebaga...

Kecoh! Ahli Parlimen PAS bangun bantah tuduhan bodoh Akmal MP Johor Bahru

Hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempersoalkan tentang penyelewengan dalam kalangan pemimpin parti politik.  Semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Akmal Nasrullah berkata beliau bimbang penyelewengan dalam kalangan pemimpin tidak hanya melibatkan pemimpin UMNO sahaja. Justeru beliau turut mencabar pemimpin UMNO dan PAS mengisytihar harta masing-masing secara terbuka bagi menjamin intergriti dan mencerminkan ketelusan.  Kenyataan beliau kemudian disokong oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mempersoalkan adakah kerjasama UMNO dan PAS ketika ini mungkin disebabkan kedua-dua parti itu terpalit dengan isu yang sama iaitu rasuah.  Berikutan kenyataan itu, Ahmad Amzad Mohamed (PAS-Kuala Terengganu) dan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) meminta Akmal Nasrullah membuktikan kenyataannya dan menyatakan nama pemimpin PAS berkenaan atau dakwaan it...