APABILA diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sudah diberi pengampunan dan dibebaskan dari penjara, saya kata: 'Baguslah'. Ramai ahli PAS dan pendukung PAS, bukan PKR atau PH, tetapi saya tidak setuju dengan apa sahaja bentuk kezaliman, terhadap sesiapa sahaja. Oleh kerana Islam yang mengajar begini, maka pemimpin, pendukung, ahli PAS lah yang paling konsisten mempertahankan saudara (bahasa yang biasa diguna untuk DSAI) daripada fitnah liwat dahulu. Di saat kemuncak fitnah dan tuduhan ketika itu, Almarhum Datuk Harun Din pernah meletakkan tangannya di dada saudara, memastikan saudara memang bercakap benar tidak terlibat dengan liwat itu. Presiden PAS sekarang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga berceramah ke sana sini mempertahankan saudara dari tuduhan itu. Bahkan menulis buku khusus tentang qazaf (hukuman terhadap tuduhan zina atau liwat) bagi mempertahankan saudara dari tuduhan jahat itu. Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz juga...