[MalaysiaGazette] KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong didakwa kantoi apabila memberi jawapan yang salah dalam Dewan Negara dan tindakannya itu seperti cuba untuk membersihkan nama ahli politik Pakatan Harapan (PH). Ini jelas membuktikan bahawa Liew telah berbohong di dalam Dewan Negara kerana kenyataan beliau jelas bercanggah dengan surat yang terbocor dan jawapan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Perkara ini amatlah memalukan kerana Liew diberi tanggungjawab dan gelaran sebagai Menteri Undang-undang. Lantaran itu, katanya, lebih baik Liew meletak jawatan sekiranya gagal memberikan penjelasan yang meyakinkan. Ia kerana, menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, Malaysia tidak boleh menerima seorang Menteri Undang-undang yang langsung tidak hormat dan mengikut undang-undang. “Jika perkara sebegini terus berlaku dan Liew terlepas dari sebarang tindakan, saya bimbang Malaysia ...